DEP2A (DISEMBER 2015)
1) NURULATIQAH BINTI HELAN (14DEP15F1061)
2) YUSNIZA BINTI YUSOFF (14DEP15F1001)
3) NORAFEEZA BINTI MOHD WASIL (14DEP15F1005)
4) NUR NAJIHA BINTI BAHRIN (14DEP15F1007)
E-FOLIO FAKTA-FAKTA SAINTIFIK BERSUMBERKAN ALQURAN (KEJADIAN HAIWAN DAN ALAM FAUNA)
Sunday, 6 March 2016
Thursday, 18 February 2016
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
2.0 ISI
2.1 BURUNG HUD-HUD
2.2 UNTA
2.3 SEMUT
2.4 LABAH-LABAH
2.5 LEBAH
3.0 KESIMPULAN
4.0 RUJUKAN
5.0 LAMPIRAN
1.0 - PENDAHULUAN
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau MutiaraPemanis,
kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka
bicara.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Al-Qur'an meletakkan haiwan pada kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia dan mempunyai kecenderungan terhadap antroposentrisme. Walau begitu, al-Qur'an menyuruh setiap Muslim untuk memperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan beserta makhluk lain dipercayai senantiasa memuji Tuhan walaupun perkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang manusia lakukan.Kedudukan haiwan dalam Islam memang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf manusia dari segi akal fikiran, kedudukan mereka dari sudut kehambaan adalah sama seperti manusia.Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu (al-An'am: 38).
Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.Ini dizahirkan dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah-surah al-Baqarah (lembu), al-An'am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah).Ayat-ayat al-Quran juga secara umum dan spesifik menyebut haiwan-haiwan lain seperti unta, kuda, keldai, biri-biri, monyet, anjing, khinzir, ular, nyamuk, lalat, burung hud-hud, gagak dan banyak lagi.Hadis-hadis Rasulullah SAW juga kerap kali menceritakan tentang haiwan terutamanya tanggungjawab manusia terhadap haiwan.Sebelum kedatangan Islam, haiwan digunakan sebagai alat dalam pemujaan dan sihir oleh sebilangan besar masyarakat jahiliah. Penyembelihan dilakukan atas nama berhala. Haiwan seperti unta, kuda, dan lebah dianggap sebagai pembawa berkat dalam kehidupan mereka. Anjing dan kucing pula dikaitkan dengan kejahatan. Ia seterusnya membawa pengaruh yang besar dalam masyarakat Arab sehingga beberapa suku kaum dinamakan sempena nama haiwan seperti Quraish (jerung), Kalb (anjing) dan Asad (singa).Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah mengubah amalan songsang masyarakat jahiliah. Penyembelihan atas nama berhala digantikan dengan nama Allah.Islam menolak kepercayaan masyarakat jahiliah yang mengaitkan haiwan dengan perkara-perkara tertentu seperti keberkatan dan kejahatan serta menggolongkan mereka di kalangan yang dusta kepada Allah (al-Maidah: 103).Haiwan disifatkan sebagai hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan AllahLihatlah firman Allah kepada lebah yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok dan dari apa yang mereka dirikan (al-Nahl: 68).Kepatuhan lebah kepada Allah dapat dilihat hingga sekarang dan kebanyakan sarang-sarang mereka didirikan di atas pokok, dalam hutan dan di tempat penternakan lebah yang disediakan oleh manusia.Allah juga berkuasa menjadikan haiwan dan manusia memahami antara satu sama lain. Inilah antara mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Sulaiman yang dapat memahami bahasa haiwan.Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran apabila Nabi Sulaiman mengarahkan tentera baginda berhenti sewaktu mendengar suara seekor semut yang memberikan amaran kepada rakan-rakannya supaya segera masuk ke sarang mereka daripada dipijak oleh tentera baginda (al-Naml: 18).
Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Hanya kita manusia yang tidak memahami tasbih mereka (al-Israk: 44)Makhluk Allah ini juga sentiasa taat mengerjakan ibadat dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan (al-Nur: 41).
Al-Qur'an meletakkan haiwan pada kedudukan yang lebih rendah dibandingkan dengan manusia dan mempunyai kecenderungan terhadap antroposentrisme. Walau begitu, al-Qur'an menyuruh setiap Muslim untuk memperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan beserta makhluk lain dipercayai senantiasa memuji Tuhan walaupun perkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang manusia lakukan.Kedudukan haiwan dalam Islam memang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf manusia dari segi akal fikiran, kedudukan mereka dari sudut kehambaan adalah sama seperti manusia.Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu (al-An'am: 38).
Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.Ini dizahirkan dengan enam daripada 114 surah dalam al-Quran yang dinamakan sempena nama-nama haiwan seperti surah-surah al-Baqarah (lembu), al-An'am (haiwan ternakan), al-Nahl (lebah), al-Naml (semut), al-Ankabut (labah-labah) dan al-Fil (gajah).Ayat-ayat al-Quran juga secara umum dan spesifik menyebut haiwan-haiwan lain seperti unta, kuda, keldai, biri-biri, monyet, anjing, khinzir, ular, nyamuk, lalat, burung hud-hud, gagak dan banyak lagi.Hadis-hadis Rasulullah SAW juga kerap kali menceritakan tentang haiwan terutamanya tanggungjawab manusia terhadap haiwan.Sebelum kedatangan Islam, haiwan digunakan sebagai alat dalam pemujaan dan sihir oleh sebilangan besar masyarakat jahiliah. Penyembelihan dilakukan atas nama berhala. Haiwan seperti unta, kuda, dan lebah dianggap sebagai pembawa berkat dalam kehidupan mereka. Anjing dan kucing pula dikaitkan dengan kejahatan. Ia seterusnya membawa pengaruh yang besar dalam masyarakat Arab sehingga beberapa suku kaum dinamakan sempena nama haiwan seperti Quraish (jerung), Kalb (anjing) dan Asad (singa).Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah mengubah amalan songsang masyarakat jahiliah. Penyembelihan atas nama berhala digantikan dengan nama Allah.Islam menolak kepercayaan masyarakat jahiliah yang mengaitkan haiwan dengan perkara-perkara tertentu seperti keberkatan dan kejahatan serta menggolongkan mereka di kalangan yang dusta kepada Allah (al-Maidah: 103).Haiwan disifatkan sebagai hamba yang sentiasa patuh kepada suruhan AllahLihatlah firman Allah kepada lebah yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok dan dari apa yang mereka dirikan (al-Nahl: 68).Kepatuhan lebah kepada Allah dapat dilihat hingga sekarang dan kebanyakan sarang-sarang mereka didirikan di atas pokok, dalam hutan dan di tempat penternakan lebah yang disediakan oleh manusia.Allah juga berkuasa menjadikan haiwan dan manusia memahami antara satu sama lain. Inilah antara mukjizat yang diberikan kepada nabi Allah Sulaiman yang dapat memahami bahasa haiwan.Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran apabila Nabi Sulaiman mengarahkan tentera baginda berhenti sewaktu mendengar suara seekor semut yang memberikan amaran kepada rakan-rakannya supaya segera masuk ke sarang mereka daripada dipijak oleh tentera baginda (al-Naml: 18).
Haiwan juga disifatkan oleh Allah sebagai hamba yang taat dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Hanya kita manusia yang tidak memahami tasbih mereka (al-Israk: 44)Makhluk Allah ini juga sentiasa taat mengerjakan ibadat dan memuji kebesaran Allah dan Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka lakukan (al-Nur: 41).
2.1 - BURUNG HUD-HUD
BURUNG HUD-HUD ATAU HOOPOE
Burung yang memiliki warna bulu yang
indah serta jambul unik ini merupakan jenis burung yang memiliki hubungan
kerabat dengan rangkong atau enggang.
Penamaan hoopoe itu juga disesuaikan dengan suara panggilannya yang melengking
dengan suara “hoops..hoops..” ( dalam loghat Inggris ) atau terdengar seperti
“hud..hud..” ( dalam loghat Arab) yang jelas dan berulang-ulang.
Secara keseluruhan ada tujuh spesis burung ini
yang dikenal di dunia, dan menyebar secara luas mulai dari Eropah, Asia, dan
Afrika Utara. Bahkan pada tahun 2008, Pemerintah Israel menetapkan hud-hud
sebagai burung nasional mereka.
FAKTA SAINTIFIK TENTANG HUD HUD DI DALAM AL-QURAN
FAKTA SAINTIFIK TENTANG HUD HUD DI DALAM AL-QURAN
- Hud hud mempunyai kelebihan untuk mencari air di kawasan padang pasir.
- Hud hud juga boleh terbang pada kawasan yang sangat jauh.
- Hud hud merupakan makhluk yang taat pada tuannya
- Ada juga yang berpendapat bahawa hud hud memiliki kedudukan sebagai makhluk yang berakal dan berilmu
- Mempunyai kelebihan mengawasi dan mengintai sesuatu kawasan
Mempunyai
kelenjar berbau busuk
Ketika merasa terancam, burung ini akan menyembur
kotorannya ke mata binatang yang cuba menyerangnya. Inilah keunikkannya,
hud-hud akan membalikkan tubuhnya dan mengarahkan duburnya ke hadapan musuhnya.
Jika strategi ini tidak berhasil atau tidak mengenai sasaran, maka
hud-hud akan menyelimut tubuhnya dengan bau yang sangat busuk.
Mengapa hud-hud memiliki kemampuan untuk
mendatangkan bau
busuk secara tiba-tiba, yang hanya dimunculkannya
saat jiwanya terancam?
Rupanya burung ini memiliki kelenjar khusus di
dekat kloaka, yang bisa menghasilkan zat yang berbau sangat busuk. Ketika
terancam, dia akan menggosokkan zat tersebut ke bulu-bulunya, kemudian
menutupi seluruh tubuhnya dengan bau tersebut. Kalau bisa diibaratkan, baunya
sama seperti daging yang sudah busuk.
Kelenjar yang berbau busuk itu bukan hanya
berfungsi sebagai alat pertahanan diri, tetapi juga mampu menolak parasit,
sebagai anti-bakteri dan melindungi burung dari berbagai penyakit.
Berikut ini tayangan video burung hud-hud untuk
memperkaya khazanah kita mengenai burung-burung di negeri seberang.
Kisah
tentang burung hud-hud pada Zaman Nabi Musa
'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga
4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian
air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air
tersebut tidak dapat melebihi lututnya.
Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung.
Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk
menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah
atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah
penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.
Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di
kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya
itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s.,
maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari
tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan
diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar
Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung
yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah
mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di
atas gunung yang di junjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut
menembusi gunung yang di junjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya.
'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan
batu berlian itu.
Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah
empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan
tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah
'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada
kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
Kisah
Nabi Sulaiman
Sejarah: Allah telah kurniakan kepada nabi Sulaiman sebuah kerajaan yang sangat unik.
Sejarah: Allah telah kurniakan kepada nabi Sulaiman sebuah kerajaan yang sangat unik.
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّنْ
بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
“Tuhanku, ampuni dosaku dan
kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tiada taranya), yang tidak akan ada
pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkau-lah yang sentiasa
melimpah kurnia-Nya.” (Sadd:35)
Nabi Sulaiman bukan sahaja berkuasa ke atas
manusia, tetapi juga kepada burung-burung, haiwan dan juga jin.
Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.
Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman.
Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.
Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman.
(20) وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ
“Dan (setelah itu) Nabi
Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu
berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung hud- hud? Adakah ia dari mereka
yang tidak hadir?” (Surah An-Naml, 20)
Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan
mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan
uzur yang nyata.
(21) لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ
لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ
“(Demi
sesungguhnya) aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku
akan menyembelihnya, (kecuali) ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata
(yang membuktikan sebab-sebabnya tidak hadir).” (Surah An-Naml, 21)
Berkata burung Hud-hud yang hinggap di depan
Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan.
(22) فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطْتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِنْ سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ
“Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud),
lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum
mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang
diyakini” (Surah An-Naml, Ayat 22)
(23) إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ
شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ
(24) وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ
الَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ
“Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari,
selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah
perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga
mereka tidak dapat petunjuk”
(25) أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
“agar mereka tidak menyembah Allah Yang
mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa
yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.”
(26) الَّهُ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ۩
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali
Dia, Tuhan Yang mempunyai `Arsy yang besar"
(27) ۞ قَالَ سَنَنْظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Berkata Sulaiman: "Akan kami lihat, apa kamu
benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta”
(28) اذْهَبْ
بِكِتَابِي هَٰذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانْظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ
“Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu
jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu
perhatikanlah apa yang mereka bicarakan"
(Surah An-Naml, ayat 20-28)
Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya
di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan
ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut
melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.
Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi,
Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi,
"Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu
bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku.
Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."
Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi
Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan
berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan
dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.
Berkatalah
para pembesar itu ketika diminta petimbangannya:
"Wahai
paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk
berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang
yang patut memberi pertimbangan atau nasihat kepadamu.
Kami
menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi
kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu
tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun
datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu."
Ratu Balqis menjawab:
"Aku
memperoleh kesan dari huraianmu bahawa kamu mengutamakan cara kekerasan dan
kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan
menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan
kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan
kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian.
Menurut
pertimbanganku, lebih bijaksana bila kita menempuh jalan damai dan menghindari
cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kita menentang secara kekerasan dan
sampai terjadi perang dan musuh kita berhasil menyerbu masuk kota-kota kami,
maka nescaya akan berakibat kerosakan dan kehancuran yang sangat
menyedihkan.
Mereka
akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas
segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kita. Hal yang demikian itu
adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh
sejarah manusia dari masa ke semasa
Maka
menghadap surat Sulaiman yang mengandungi ancaman itu, aku akan cuba melunakkan
hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari
barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya
dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan
reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di
istananya"
Sementara Ratu Balqis bersiap sedia mengatur
hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Nabi Sulaiman dan memilih orang-orang
yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi
Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk
mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawapan atas surat beliau
kepadanya.
Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud
itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan
memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan an membangunkan
sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata
perutusan Balqis bila mereka tiba.
Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah
mereka dengan ramah tamah oleh Nabi Sulaiman dan setelah mendengar uraian
mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang
dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman:
"Kembalilah
kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah
s.w.t. telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku
dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang daripada
makhluk-Nya.
Di
samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi
kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi
mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan
dapat dipujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini?
Aku
tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan
emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan
duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira
bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu.
Pulanglah
kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala
tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan
mengeluarkan ratumu dan pengikutnya dari negerinya sebagai orang-orang yang
hina dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera
memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."
Perutusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya
apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis
berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah
menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya.
Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada
Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya
dan bahawa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah
ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah
diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya
datang berserah diri.
Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik:
"Aku
sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri
dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat
dipercayai."
Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah pula
berkata:
"Aku
akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu."
Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah
berada didepannya, berkatalah ia:
"Ini
adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas
kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu
adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari
nikmat dan kurnia Allah s.w.t., ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan
sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."
Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman
memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu
itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta
pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada
tahtanya:
"Serupa
inikah tahktamu?"
Balqis menjawab:
"Seakan-akan
ini adalah tahtaku sendiri," seraya bertanya-tanya
dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia
yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.
Ratu Balqis berada dalam keadaan kacau fikiran,
kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Nabi Sulaiman,
ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk
penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih.
Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas
betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas
sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya. Berkata Nabi
Sulaiman kepadanya:
"Engkau
tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa
yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding
ruangan ini."
"Oh,
Tuhanku" Balqis berkata menyedari kelemahan
dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi
Sulaiman,
"Aku
telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurnia-Mu,
merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan
rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan
ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang."
Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu
Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi
Sulaiman pada akhirnya kahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu
lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka
adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis
itu.
Wallahu alam bisshawab.
2.2 - UNTA
Menurut jawapan daripada Nouman Ali Khan
hafizahullah, perkataan العشار merujuk
kepada unta betina yang bunting 10 bulan. Mengapa العشار?
Ini kerana:
1) Petunjuk status kekayaan kaum Arab jahiliyyah.
Tiada bagi mereka yang lebih dihargai dariالعشار.
Oleh kerana dahsyatnya hari kiamat, sesuatu yang dihargai seperti itu pun
(dalam konteks kita mungkin benda-benda lain) akan dibiarkan kerana kedahsyatan
hari kiamat membuatkan manusia lupa kepada itu semua kecuali teringat kembali
semua amalan yang telah dilakukan!
تَصْلَى نَارًا
حَامِيَةً
4. Masuk ke dalam neraka yang
panas.
تُسْقَى مِنْ
عَيْنٍ آنِيَةٍ
5. Diberi minum dari sumber air
yang mendidih.
لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ
7. Yang tak akan menggemukkan
dan tidak pula menghilangkan lapar.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ
8. Pada bari itu wajah-wajah
(lain) akan berseri-seri,
لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ
9. Merasa puas karena perjuangan
mereka,
(Surah Al Ghaasyiyah, ayat 4-9)
2) Perhatikan ayat ayat 8-9 surah yang sama.
Selain dari menceritakan kedahsyatan hari kiamat, surah ini mengkritik sikap
jahiliyyah yang bencikan anak perempuan (sehingga ada yang dibunuh ketika
lahir) dengan mengatakan bahawa anak-anak perempuan yang dibunuh akan ditanya
atas dosa apakah mereka dibunuh? dan dalam masa yang sama mengingatkan
Jahiliyyah bahawa dosa ini tidak akan terlepas dari pengadilan Allah. Kritikan
Al-Quran juga menunjukkan ironinya sikap jahiliyyah - unta diagungkan, anak
sendiri dibunuh.
Di dalam perihal lain, apakah hikmah dan
pengajaran yang kita dapati daripada binatang yang bernama unta ini? Dan
mengapa Al-Quran banyak kali mengulangi nama dan sifat unta? Bahkan kenapa
Al-Quran menyeru supaya kita berfikir tentang kejadian unta?
Sudah pasti banyak perkara yang kita dapat
pelajari dari kejadian unta, oleh sebab itu Allah seru kita supaya kaji tentang
unta.
Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati
unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara
ringkas) ialah:
1.
Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi
padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru,
manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.
2.
Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia
kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.
3.
Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika
ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta
sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu
tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.
4.
Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu
yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan
maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun
kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan
khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni
hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.
5.
Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus
jaga maruah dalam berkeluarga.
6.
Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka
kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika
musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan
diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan
sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.
7.
Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta,
susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia
kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat
dan racun bagi umat.
Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh disyarahkan
dan ditafsirkan dari sikap-sikap unta untuk renungan manusia. Apa yang dah
diberi tu pun cukup sebagai pengajaran buat manusia yang sering bongkak dan
sombong terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Kita sebagai manusia
harus mensyukuri nikmat Allah bukannya merasakan diri kita lebih bagus. Dan
semoga kita mengambil manfaat daripada sifat-sifat kejadian unta.
Keistimewaan kejadian unta dalam Islam & Sains
Unta telah membantu manusia yang hidup di gurun
pasir sepanjang sejarah, dan telah menjadi simbul bagi kehidupan di gurun
pasir. Panas gurun pasir sungguh mematikan bagi makhluk lain. Selain sejumlah
kecil serangga, reptil dan beberapa binatang kecil lainnya, tak ada binatang
yang mampu hidup di sana.
Unta adalah satu-satunya binatang besar yang dapat
hidup di sana. Allah telah menciptakannya secara khusus untuk hidup di padang
pasir, dan untuk melayani kehidupan manusia.
1.
Unta dapat bertahan hidup hingga
delapan hari pada suhu lima puluh darjah tanpa makan atau minum. Ketika unta
yang mampu berjalan tanpa minum dalam waktu lama ini menemukan sumber air, ia
akan menyimpannya. Unta mampu meminum air sebanyak sepertiga berat badannya
dalam waktu 10 minit. Ini bererti, seratus tiga puluh liter dalam sekali minum
dan tempat penyimpanannya adalah punuk unta. Sekitar empat puluh kilogram lemak
tersimpan di sini. Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun
pasir tanpa makan apapun.
2. Kebanyakan makanan
di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta
telah diciptakan sesuai dengan keadaan ini. Gigi dan mulut binatang ini telah
dirancang untuk memungkinkannya memakan duri tajam dengan mudah.
Perutnya memiliki reka bentuk khusus
tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun
pasir.
3. Kelopak mata unta melindungi matanya dari dari debu dan
butiran pasir. Kelopak mata ini juga tembus cahaya, sehingga unta tetap dapat
melihat walaupun dengan mata tertutup.
4. Bulu matanya yang panjang dan tebal khusus diciptakan untuk
mencegah masuknya debu ke dalam mata.
5. Hidung unta unta
agak unit kerana ketika ribut pasir, ia menutup hidungnya dengan penutup
khusus.
6. Telapak kaki yang lebar menahannya dari tenggelam ke dalam
pasir.
7. Kaki yang panjang menjauhkan tubuhnya dari permukaan pasir
yang panas membakar di bawahnya.
8. Badan unta tertutupi oleh rambut lebat dan tebal. Ini
melindunginya dari kepanasan sinar matahari dan suhu padang pasir yang dingin
membeku setelah matahari terbenam.
9. Beberapa bahagian tubuhnya tertutupi sejumlah lapisan kulit
pelindung yang tebal. Lapisan-lapisan tebal ini ditempatkan di bahagian-bahagian
tertentu yang bersentuhan dengan permukaan tanah saat ia duduk di pasir yang
amat panas. Ini mencegah kulit unta agar tidak terbakar.
Subscribe to:
Posts (Atom)