Thursday 18 February 2016

2.2 - UNTA




Menurut jawapan daripada Nouman Ali Khan hafizahullah, perkataan العشار merujuk kepada unta betina yang bunting 10 bulan. Mengapa العشار? Ini kerana:

1) Petunjuk status kekayaan kaum Arab jahiliyyah. Tiada bagi mereka yang lebih dihargai dariالعشار. Oleh kerana dahsyatnya hari kiamat, sesuatu yang dihargai seperti itu pun (dalam konteks kita mungkin benda-benda lain) akan dibiarkan kerana kedahsyatan hari kiamat membuatkan manusia lupa kepada itu semua kecuali teringat kembali semua amalan yang telah dilakukan!
تَصْلَى نَارًا حَامِيَةً
4. Masuk ke dalam neraka yang panas.
تُسْقَى مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ
5. Diberi minum dari sumber air yang mendidih.
لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ
7. Yang tak akan menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ
8. Pada bari itu wajah-wajah (lain) akan berseri-seri,

لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ
9. Merasa puas karena perjuangan mereka,
    (Surah Al Ghaasyiyah, ayat 4-9)
2) Perhatikan ayat ayat 8-9 surah yang sama. Selain dari menceritakan kedahsyatan hari kiamat, surah ini mengkritik sikap jahiliyyah yang bencikan anak perempuan (sehingga ada yang dibunuh ketika lahir) dengan mengatakan bahawa anak-anak perempuan yang dibunuh akan ditanya atas dosa apakah mereka dibunuh? dan dalam masa yang sama mengingatkan Jahiliyyah bahawa dosa ini tidak akan terlepas dari pengadilan Allah. Kritikan Al-Quran juga menunjukkan ironinya sikap jahiliyyah - unta diagungkan, anak sendiri dibunuh.

Di dalam perihal lain, apakah hikmah dan pengajaran yang kita dapati daripada binatang yang bernama unta ini? Dan mengapa Al-Quran banyak kali mengulangi nama dan sifat unta? Bahkan kenapa Al-Quran menyeru supaya kita berfikir tentang kejadian unta?

Sudah pasti banyak perkara yang kita dapat pelajari dari kejadian unta, oleh sebab itu Allah seru kita supaya kaji tentang unta.

Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas) ialah:

1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.

2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.

3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru, manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal untuk akhirat.

4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan orang.

5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain. Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.

6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling, jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.

7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.

Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh disyarahkan dan ditafsirkan dari sikap-sikap unta untuk renungan manusia. Apa yang dah diberi tu pun cukup sebagai pengajaran buat manusia yang sering bongkak dan sombong terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Kita sebagai manusia harus mensyukuri nikmat Allah bukannya merasakan diri kita lebih bagus. Dan semoga kita mengambil manfaat daripada sifat-sifat kejadian unta.



Keistimewaan kejadian unta dalam Islam & Sains


Unta telah membantu manusia yang hidup di gurun pasir sepanjang sejarah, dan telah menjadi simbul bagi kehidupan di gurun pasir. Panas gurun pasir sungguh mematikan bagi makhluk lain. Selain sejumlah kecil serangga, reptil dan beberapa binatang kecil lainnya, tak ada binatang yang mampu hidup di sana.


Unta adalah satu-satunya binatang besar yang dapat hidup di sana. Allah telah menciptakannya secara khusus untuk hidup di padang pasir, dan untuk melayani kehidupan manusia.
1.   Unta dapat bertahan hidup hingga delapan hari pada suhu lima puluh darjah tanpa makan atau minum. Ketika unta yang mampu berjalan tanpa minum dalam waktu lama ini menemukan sumber air, ia akan menyimpannya. Unta mampu meminum air sebanyak sepertiga berat badannya dalam waktu 10 minit. Ini bererti, seratus tiga puluh liter dalam sekali minum dan tempat penyimpanannya adalah punuk unta. Sekitar empat puluh kilogram lemak tersimpan di sini. Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun pasir tanpa makan apapun.
2.   Kebanyakan makanan di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta telah diciptakan sesuai dengan keadaan ini. Gigi dan mulut binatang ini telah dirancang untuk memungkinkannya memakan duri tajam dengan mudah.
Perutnya memiliki reka bentuk khusus tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun pasir.
3.   Kelopak mata unta melindungi matanya dari dari debu dan butiran pasir. Kelopak mata ini juga tembus cahaya, sehingga unta tetap dapat melihat walaupun dengan mata tertutup.
4.   Bulu matanya yang panjang dan tebal khusus diciptakan untuk mencegah masuknya debu ke dalam mata.
5.   Hidung unta unta agak unit kerana ketika ribut pasir, ia menutup hidungnya dengan penutup khusus.
6.   Telapak kaki yang lebar menahannya dari tenggelam ke dalam pasir.
7.   Kaki yang panjang menjauhkan tubuhnya dari permukaan pasir yang panas membakar di bawahnya.
8.   Badan unta tertutupi oleh rambut lebat dan tebal. Ini melindunginya dari kepanasan sinar matahari dan suhu padang pasir yang dingin membeku setelah matahari terbenam.
9.   Beberapa bahagian tubuhnya tertutupi sejumlah lapisan kulit pelindung yang tebal. Lapisan-lapisan tebal ini ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu yang bersentuhan dengan permukaan tanah saat ia duduk di pasir yang amat panas. Ini mencegah kulit unta agar tidak terbakar.



No comments:

Post a Comment