Thursday, 18 February 2016

2.4 - LABAH - LABAH


Labah-labah ialah diantara haiwan yang disebutkan di dalam AlQuran dan ada surahnya yang tersendiri iaitu Surah Al-Ankabut (Surah Labah-labah). Antara ayat yang menyebut tentang labah-labah ialah , “ Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.” (Surah Al-Ankabut - Ayat 41)
Selain untuk menjadi pengajaran dan perumpamaan, Tuhan ciptakan makhluk itu tidak sia-sia, ada tugas dan peranan yang telah diamanahkan kepada makhluk-makhluk tersebut. Mungkin orang menganggap apalah gunanya labah-labah, kecil, mengotorkan atau merbahaya kerana ada sejenis labah-labah "Black Widow" yang bisanya boleh membunuh manusia. Tetapi kita harus ingat bahawa labah-labah pernah berperanan besar dalam sejarah perjuangan islam (kebenaran). Lebih-lebih lagi ia telah terlibat langsung dalam membantu perjuangan Rasullulah saw. Sewaktu Rasullulah saw bersembunyi di dalam gua Tsur kerana hendak dibunuh oleh kaum Musyikin Quraisy, hampir saja Rasullulah saw dikesan dalam persembunyiannya itu.

Jika kita memperbesarkan labah-labah menjadi seukuran manusia, sarang yang dianyamnya akan memiliki ketinggian sekitar 150 meter. Ini sama tingginya dengan bangunan pencakar langit 50 tingkat. Maha Hebat Tuhan yang telah menciptakan seekor bintang yang tidak berakal tetapi mampu membina rumah yang berpuluh kali ganda lebih besar dari ukuran badannya oleh dirinya sendiri, tanpa alat atau bantuan makhluk lain. Manusia yang berakal perlukan berbagai alat dan bantuan ramai orang untuk membina rumahnya walaupun sekadar satu tingkat, betapalah untuk membina gedung 50 tingkat. Jadi mengapalah manusia hendak sombong dengan kepakarannya membina bangunan-bangunan tinggi, sedangkan kenyataannya.

Tuhan Maha Besar, Maha Kuat lagi Maha Sempurna yang menciptakan apa sahaja hanya dengan berkata "Jadi" maka terjadilah. Walaupun hasil dari kajian ini diketahui bahawa bahan benang labah-labah kuat tetapi perlu diingat bahawa ia dianggap kuat dalam kategori benda yang sama ukurannya sahaja, walhal sebenarnya dengan sekali sentuhan sebatang pensel sahaja benang itu akan putus dan reput.

Sebenarnya dengan memperhatikan ciptaan Tuhan kita dapat mengenali dan menghayati sifat-sifat Allah. Orang yang belajar mengenal Tuhan maka ilmu-ilmu keimanan itu akan meresap ke dalam fikiran. Apabila ilmu-ilmu keimanan itu diamalkan dengan faham dan khusyuk, serta memikirkan kebesaran Allah maka iman akan meresap ke dalam hati. 


Dia bukan setakat sedar dengan akal adanya Allah tetapi merasai dengan hatinya akan wujudnya Allah. Kerana itu dia mempunyai hubungan hati dengan Allah sentiasa mengingati Allah. Orang beginilah yang Allah maksudkan dalam 

Surah Ali Imran ayat 191, 

surahaliimranayat191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Tahukah Anda!!!

Koleksi Video
 Mukjizat Al-Quran- labah-labah


Kisah Labah-labah 

Kajian Mengenai Labah-Labah







No comments:

Post a Comment