Thursday, 18 February 2016

2.5 - LEBAH

LEBAH





Pernah tak kita terfikir tentang kehidupan haiwan atau binatang yang bernama "lebah". Apakah keistimewaan lebah ini sehingga ia disebutkan di dalam surah al-Quran. Pernah dengar dan baca perihal lebah dalam surah al-Naml. Marilah kita sama-sama membaca kisah atau keunikan lebah ini.

Walaupun sebelum ini mselim3 pernah menerbitkan perihal lebah yang bertajuk "LEBAH PUN BERSELAWAT" . Lebah juga mempunyai mempunyai khasiat-khasiat tertentu dalam mengubati penyakit. Kajian saintifik mendapati madu mempunyai khasiat dalam menjaga dan mengimbangi kekuatan badan dan serta menghilangkan kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi, merangsang tenaga batin dan lain-lain khasiat yang sukar untuk kita mengkajinya. 

Apa yang nyatanya madu yang dihasilkan lebah ini mempunyai seribu satu faedah atau khasiat yang tersembunyi dan mempunyai sebab atau asbab yang tertentu mengapa Allah menceritakan perihal lebah ini . 








  1. Lebah madu Afrika (killer bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter).
  2. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di sebahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya. 
  3. Lebah menggunakan matahari sebagai kompas. Walaupun matahari dilitupi awan ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit. 
  4. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia. 
  5. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (20.92-24.24 km/j) 
  6. Lebah mengembara sebanyak 1,600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 aun madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi. 
  7. Lebah perlu pergi ke 2,000,000 kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu. 
  8. Sepanjang tempoh pengeluaran madu jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja. 
  9. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40,000 hingga 45,000 ekor lebah. 
  10. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia. 
  11. Suhu sarang lebah adalah sekitar (32-35 Celcius) atau 90-95`F.
  12. Permaisuri lebah mengeluarkan 2,000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000-200,00 biji telur setahun. 
  13. Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan. 
  14. Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari. 
  15. Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit.
  16. Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimananya letaknya nektar dan debunga. 
  17. 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor). 
  18. Lebah mempunyai 4 sayap. 
  19. Otak lebah berbentuk bujur dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kekuatan luar biasa dalam belajar dan mengingat sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpul madu lebah. 
  20. Anggaran 1,100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut seorang manusia. 
  21. Drone (lebah jantan) lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak bekerja. Satu-satu tugas drone adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah. 

  22. KEJADIAN LEBAH DI DALAM AL-QURAN
  23. Diharapkan kejadian lebah yang sangat unik ini , menjadi titik tolak untuk kita lebih menghargai madu . Uniknya lebah sehingga hal ini menjadikan lebah disebutkan dalam surah An Nahl ayat 68-69.


    surahannahlayat68
    Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

    surahannahlayat69

    Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

    "Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50-100 kuntum bunga sehari kekadang boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari."


  24. Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :

    "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dilakukan oleh manusia." [QS. An-Nahl : 68]

    Madu dan lebah memiliki keistimewaan yang luar biasa sehingga tercantum dalam surat tersendiri di dalam Al-Quran. Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir muslim agung di abad ke-10 M itu tercatatat sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan.

    Selama ini, orang lebih mengenal madu sebagai produk lebah yang paling popular dan berkhasiat dalam mengatasi berbagai penyakit. Namun, jika kita mengambil hikmah dari surah An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui produk lebah yang dapat dijadikan ubat tidak terbatas hanya pada madu saja. Produk perlebahan selain madu dapat berupa royal jelly, tepung sari (bee pollen).

    Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :
    "Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." [QS. An-Nahl : 69]

    Mengutip surat An-Nahl ayat 69 di atas, dijelaskan bahwa bahan yang dapat dijadikan ubat penyembuh bagi manusia adalah bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya. Pada ayat tersebut juga tidak menyatakan ubat untuk spesifik penyakit tertentu, dan fakta di lapangan membuktikan bahwa berbagai penyakit dapat disembuhkan melalui produk perlebahan.

    Di dalam Al-Quran diterangkan secara jelas bagaimana lebah diperintah oleh Allah SWT untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari berbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lainnya . Lebah memang makhluk istimewa, ia merupakan makhluk Allah SWT yang memberi manfaat dan kenikmatan bagi manusia.





1 comment:

  1. Saya nak tanya apakah teknologi yang berasaskan sarang lebah? Ini untuk projek kem saya. Terima kasih.

    ReplyDelete